Tuesday, May 19, 2009

Hari Anugerah Cemerlang

"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,
sembah patik mohon di ampun
"

Hari nie pertama kali dalam sejarah hidup aku, Sultan Kedah mencemar duli datang ke sekolah aku merasmikan Hari Anugerah Cemerlang tahun 2009. Event yang besar dalam jadual persekolahan SMK Sultan Badlishah telah melibatkan semua guru dalam persiapan hari yang bersejarah nie. Dengar cakap guru sekolah sini, sudah menjadi lumrah Sultan datang ke sekolah nie sebab sekolah nie atas nama bapanya Tuanku Sultan Badlishah. Dah 2 tahun Tuanku tak datang sini, dengar khabar dia sakit kaki sebab pergi menonton perlawanan bola masa Kedah menentang Pulau Pinang pastu Tuanku kena berjalan kaki ke Stadium Batu Kawan sebab jalan sesak masa tue. Pada masa tue jugak Hari Anugerah Cemerlang dah dekat, jadi Tuanku tak sihat, Tuanku anta wakil je, Bendahara.

Tanggal 19 Mei 2009, hari yang bersejarah nie mula seawal pagi jam 730 pagi, kebanyakkan guru sibuk dengan persiapan pentas diraja, santapan diraja, hormat diraja, persembahan ala diraja, semuanya diraja laa, karpet kuning, penyambut tetamu Kehormat, ibu bapa dan seterusnya pelajar yang akan menerima anugerah daripada Sultan.

Tugas aku hari nie melihat jer karenah guru-guru yang terlibat dengan persiapan yang bersejarah nie. Pakaian guru lelaki SMK Sultan Badlishah dihiasi dengan pakaian sut lengkap dan bersongkok hitam. Segak aku hari nie hehehe. Manakala guru perempuan pulak pakaian kurung yang sesuai dengan identiti.

Jam 830 pagi sudah kelihatan ibu bapa dan pelajar. Disusuli dengan orang kenamaan seperti pegawai-pegawai dari sekitar kulim, Jabatan Penerangan Kedah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negara, Pengarah Pelajaran Kedah, PPD Kulim, Orang istana pun ada jugak. Sultan Kedah tiba pada jam 1000 pagi tepat, macam dalam tentatif program.

Sultan tiba dengan kenderaan diraja 'Roll Royce', erm tahu saja laa harga dia berapa, tambahan pulak dalam dunia nie yang pakai kereta jenis nie terhad jaa. Sultan disambut oleh tuan Pengetua sendiri, Puan Hajah Azizah binti Rasol, disertai dengan pegawai-pegawai atasan. Sambutan beliau diringi dengan paluan kompang diraja dan bunga manggar. Tuanku diarak ke pentas pembarisan hormat diraja, kawalan hormat di ketuai oleh pelajar SMK Sultan Badlishah sendiri, Ketua Platun KRS. Pembarisan hormat diraja disertakan dengan nyanyian lagu Negeri Kedah oleh koir dan pancaragam sekolah. Selesai sahaja pembarisan hormat diraja, Tuanku diarak masuk ke Dewan Samsudin untuk upacara mencemar duli dan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang tahun 2009. Penganugerahan disampaikan sendiri oleh Tuanku, penganugerahan selesai pada jam 1200 tengahari.

Selesai sahaja penganugerahan, Tuanku diarak masuk untuk majlis santapan diraja di kamar syura. Pelbagai agenda diselit dalam santapan diraja, bermula dengan koir sekolah, alunan muzik tradisional jugak persembahan solo daripada pelajar sekolah sendiri, iaitu effa.

Istiadat diraja selesai jugak akhirnya pada jam 1230 tengahari. Sultan Kedah kembali ke istana di iringi pengiring kehormat dan bodyguardnya. Banyak hari nie aku belajar, mengadap Tuanku macam dalam filem zaman kesultanan melayu melaka. Semua aktiviti kena mohon perkenan Tuanku, hebat sungguh institusi kerajaan Sultan. Harap-harap tahun depan Tuanku datang lagi. Sekian sahaja rencana aku hari ini.

"Daulat Tuanku"


1 komen:

Nurina Izzati said...

patutlah ari anugerah cemerlang tu sumer cikgu lelaki pakai kot...

Post a Comment