Monday, May 25, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Hari nie hari paling ditunggu-tunggu oleh semua guru SMKSB, sambutan hari guru yang tidak kurang meriahnya selepas Hari Anugerah Cemerlang tempoh hari. Sambutan hari guru disambut setiap tahun pada 16 Mei, oleh kerana sambutan 16 Mei jatuh pada hari Sabtu, kebanyakkan sekolah tidak dapat menyambut dan dibawa ke tarikh selepasnya, 17 Mei untuk semua sekolah kawasan utara. Bagi SMKSB, sambutan tidak dapat dilaksanakan kerana mengadakan raptai penuh Hari Anugerah Cemerlang. Akhirnya, tarikh yang sesuai telah dimeterai pada 24 Mei 2009.

Program bermula seawal jam 745 pagi, semua guru berarak ke pavilion untuk mendengar ucap tama perutusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru tahun 2009 dengan tema tahun ini, 'Guru Pembina Bangsa Negara'. Disusuli ucapan daripada lepasan SMKSB, telatah dan percakapannya membuatkan kami warga SMKSB tidak kering gusi mendengar celoteh yang disampaikan. Berakhirnya dengan ucapan Tuan Pengetua, mula la agenda yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, Koir Guru SMK Sultan Badlishah, pakaian warna putih berseri, segak, cantik, kemas dan bergaya.

Program hari ini diatur oleh pelajar tingkatan 6, selesai saja koir guru, acara sukaneka dijalankan antaranya futsal lelaki, bola jaring perempuan, bola keranjang dan pelbagai permainan lagi. Penglibatan lebih kepada para pelajar dan guru-guru. Meriah laa jugak, sampai menjerit-jerit lagi masa bermain hehehe. Main tak ikut law pun ada hahaha. Biasa la nak menang punya pasal.

Banyak-banyak part, part nie laa yang paling best, Santapan Di-Guru, kali nie best sikit, Tuan Pengetua sarankan semua guru bawak bahan makanan dari rumah, buat potluck, tak nak lagi makan stail ready made. Masa nie laa nak tengok pelbagai jenis hidangan makanan, ada masakan johor, kelantan, terengganu, utara tue ada laa jugak, tak boleh miss hehehe.

Selesai makan, jam 1130 pagi ada selitan sesi berhibur di Dewan Samsudin, erm siapa yang tengok memang tak disangka, ramai guru yang boleh menyanyi, sama ada solo mahupun berduet. Aku hanya jadi penonton ja, menyanyi nanti takut ramai jadi pengkritik, malu pulak aku hehehe.

Jam 100 tengahari, berakhir sudah sambutan hari guru, ramai guru dah beransur pergi dan sibuk-sibuk mengemas peralatan. Esok persekolahan macam biasa, jadi kena kemas laa balik. Aku pun apa lagi, terus balik, badan dah letih dok tengah panas seharian hehehe.

Selamat Hari Guru Cikgu


0 komen:

Post a Comment