Monday, October 1, 2012

Koleksi Soalan Percubaan PMR 2012 mengikut Negeri (Matematik)

Untuk makluman para pelajar, klik pada link yang disediakan.
DOWNLOAD seperti biasa. File dalam keadaan .zip
Untuk Unzip, klik kanan pada fail, pergi ke unzip file, dan file yang telah Unzip berada di tempat kamu Save..


Koleksi Soalan Percubaan PMR 2012 - Matematik


Terengganu 2012
Kelantan 2012
Perlis 2012


SELAMAT MENJAWAB
'JANGAN KECUNDANG SEBELUM BERPERANG'


Monday, June 29, 2009

Sukan Sekolah Premier - Medan Belasahan

Buat pertama kalinya, aku selaku pengurus pasukan bolasepak (terjun bidang) secara mengejut, menyahut cabaran untuk ke sukan sekolah premier bagi zon utara yang telah diadakan di negeri Perlis Indera Kayangan. Sekolah ku menghantar 2 kumpulan pelajar iaitu kategori permainan bolasepak dan bola jaring serta 6 orang guru pengiring. Kejohanan bermula pada 25 Jun 2009 hingga 28 Jun 2009, penginapan kontinjen kami bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.

Seawal pagi pagi pada 25 Jun 2009, kami pun bertolak laa ke negeri Perlis sebab petang ni ada game bolasepak. Kami laa antara yang terawal main pada jam 4.00 petang. Antara lawan kami, tak lain tak bukan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Otai Zon Utara orang cakap. Besa laa pasukan underdog nie, KSAH datang seawal jam 3.00 petang, training sampai berpeluh dah. Panas terik hari tue, kami plak sampai jam 3.40 petang, training apa pun tidak, tukar pakaian terus main hahaha. Keputusannya diluar jangkaan, kali nie kami dapat kurangkan defisit tahun lalu dengan di belasah 7 gol tanpa berbalas berbanding tahun lepas iaitu 9 gol. Punya laa suka pelajar aku, selaku pengurus, aku hanya mampu meng-absorb tekanan. Pelajar Badlishah nie main ikut law sendiri, ntah apa dia pikir pon tak tahu laa masa main. Passing pon tak tengok orang hehehe.

Keesokkannya plak, main sebelah pagi, jam 9. Macam besa kami bertolak jam 8.00 pagi, team lawan sudah siap training masa kami sampai tempat perlawanan. Lawan kami pagi nie SMK Tinggi Bukit Bertajam (BMHS). Turun selaku underdog, kami berjaya meraih gol belasahan sebanyak 7 gol tanpa balas. Pelajar yang boleh main pon tak ramai, nak marah pon tak boleh dah. Selesai saje perlawanan, pelajar dan guru pon balik ke penginapan untuk tido.

Dibawa ke hari seterusnya, kami pon diarah balik ke sekolah. Sebelum pulang kami pegi membeli belah di Padang Besar, pelajar plak peroleh RM20 seorang untuk joli. Sekian laa sekolah belasahan ku di Kejohanan Sukan Sekolah Premier Zon Utara. Jumpa lagi tahun depan dengan jurang gol yang kurang. InsyaAllah, Amin.


Saturday, June 20, 2009

Tema Reka Cipta SPM 2010

Perhatian kepada pelajar tingkatan 4 2009/10

Tema Reka Cipta SPM tahun 2010 adalah seperti berikut
  1. Penyimpanan
  2. Perlindungan
  3. Pembersihan

Monday, May 25, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

Hari nie hari paling ditunggu-tunggu oleh semua guru SMKSB, sambutan hari guru yang tidak kurang meriahnya selepas Hari Anugerah Cemerlang tempoh hari. Sambutan hari guru disambut setiap tahun pada 16 Mei, oleh kerana sambutan 16 Mei jatuh pada hari Sabtu, kebanyakkan sekolah tidak dapat menyambut dan dibawa ke tarikh selepasnya, 17 Mei untuk semua sekolah kawasan utara. Bagi SMKSB, sambutan tidak dapat dilaksanakan kerana mengadakan raptai penuh Hari Anugerah Cemerlang. Akhirnya, tarikh yang sesuai telah dimeterai pada 24 Mei 2009.

Program bermula seawal jam 745 pagi, semua guru berarak ke pavilion untuk mendengar ucap tama perutusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sempena Hari Guru tahun 2009 dengan tema tahun ini, 'Guru Pembina Bangsa Negara'. Disusuli ucapan daripada lepasan SMKSB, telatah dan percakapannya membuatkan kami warga SMKSB tidak kering gusi mendengar celoteh yang disampaikan. Berakhirnya dengan ucapan Tuan Pengetua, mula la agenda yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar, Koir Guru SMK Sultan Badlishah, pakaian warna putih berseri, segak, cantik, kemas dan bergaya.

Program hari ini diatur oleh pelajar tingkatan 6, selesai saja koir guru, acara sukaneka dijalankan antaranya futsal lelaki, bola jaring perempuan, bola keranjang dan pelbagai permainan lagi. Penglibatan lebih kepada para pelajar dan guru-guru. Meriah laa jugak, sampai menjerit-jerit lagi masa bermain hehehe. Main tak ikut law pun ada hahaha. Biasa la nak menang punya pasal.

Banyak-banyak part, part nie laa yang paling best, Santapan Di-Guru, kali nie best sikit, Tuan Pengetua sarankan semua guru bawak bahan makanan dari rumah, buat potluck, tak nak lagi makan stail ready made. Masa nie laa nak tengok pelbagai jenis hidangan makanan, ada masakan johor, kelantan, terengganu, utara tue ada laa jugak, tak boleh miss hehehe.

Selesai makan, jam 1130 pagi ada selitan sesi berhibur di Dewan Samsudin, erm siapa yang tengok memang tak disangka, ramai guru yang boleh menyanyi, sama ada solo mahupun berduet. Aku hanya jadi penonton ja, menyanyi nanti takut ramai jadi pengkritik, malu pulak aku hehehe.

Jam 100 tengahari, berakhir sudah sambutan hari guru, ramai guru dah beransur pergi dan sibuk-sibuk mengemas peralatan. Esok persekolahan macam biasa, jadi kena kemas laa balik. Aku pun apa lagi, terus balik, badan dah letih dok tengah panas seharian hehehe.

Selamat Hari Guru Cikgu


Tuesday, May 19, 2009

Hari Anugerah Cemerlang

"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,
sembah patik mohon di ampun
"

Hari nie pertama kali dalam sejarah hidup aku, Sultan Kedah mencemar duli datang ke sekolah aku merasmikan Hari Anugerah Cemerlang tahun 2009. Event yang besar dalam jadual persekolahan SMK Sultan Badlishah telah melibatkan semua guru dalam persiapan hari yang bersejarah nie. Dengar cakap guru sekolah sini, sudah menjadi lumrah Sultan datang ke sekolah nie sebab sekolah nie atas nama bapanya Tuanku Sultan Badlishah. Dah 2 tahun Tuanku tak datang sini, dengar khabar dia sakit kaki sebab pergi menonton perlawanan bola masa Kedah menentang Pulau Pinang pastu Tuanku kena berjalan kaki ke Stadium Batu Kawan sebab jalan sesak masa tue. Pada masa tue jugak Hari Anugerah Cemerlang dah dekat, jadi Tuanku tak sihat, Tuanku anta wakil je, Bendahara.

Tanggal 19 Mei 2009, hari yang bersejarah nie mula seawal pagi jam 730 pagi, kebanyakkan guru sibuk dengan persiapan pentas diraja, santapan diraja, hormat diraja, persembahan ala diraja, semuanya diraja laa, karpet kuning, penyambut tetamu Kehormat, ibu bapa dan seterusnya pelajar yang akan menerima anugerah daripada Sultan.

Tugas aku hari nie melihat jer karenah guru-guru yang terlibat dengan persiapan yang bersejarah nie. Pakaian guru lelaki SMK Sultan Badlishah dihiasi dengan pakaian sut lengkap dan bersongkok hitam. Segak aku hari nie hehehe. Manakala guru perempuan pulak pakaian kurung yang sesuai dengan identiti.

Jam 830 pagi sudah kelihatan ibu bapa dan pelajar. Disusuli dengan orang kenamaan seperti pegawai-pegawai dari sekitar kulim, Jabatan Penerangan Kedah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negara, Pengarah Pelajaran Kedah, PPD Kulim, Orang istana pun ada jugak. Sultan Kedah tiba pada jam 1000 pagi tepat, macam dalam tentatif program.

Sultan tiba dengan kenderaan diraja 'Roll Royce', erm tahu saja laa harga dia berapa, tambahan pulak dalam dunia nie yang pakai kereta jenis nie terhad jaa. Sultan disambut oleh tuan Pengetua sendiri, Puan Hajah Azizah binti Rasol, disertai dengan pegawai-pegawai atasan. Sambutan beliau diringi dengan paluan kompang diraja dan bunga manggar. Tuanku diarak ke pentas pembarisan hormat diraja, kawalan hormat di ketuai oleh pelajar SMK Sultan Badlishah sendiri, Ketua Platun KRS. Pembarisan hormat diraja disertakan dengan nyanyian lagu Negeri Kedah oleh koir dan pancaragam sekolah. Selesai sahaja pembarisan hormat diraja, Tuanku diarak masuk ke Dewan Samsudin untuk upacara mencemar duli dan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang tahun 2009. Penganugerahan disampaikan sendiri oleh Tuanku, penganugerahan selesai pada jam 1200 tengahari.

Selesai sahaja penganugerahan, Tuanku diarak masuk untuk majlis santapan diraja di kamar syura. Pelbagai agenda diselit dalam santapan diraja, bermula dengan koir sekolah, alunan muzik tradisional jugak persembahan solo daripada pelajar sekolah sendiri, iaitu effa.

Istiadat diraja selesai jugak akhirnya pada jam 1230 tengahari. Sultan Kedah kembali ke istana di iringi pengiring kehormat dan bodyguardnya. Banyak hari nie aku belajar, mengadap Tuanku macam dalam filem zaman kesultanan melayu melaka. Semua aktiviti kena mohon perkenan Tuanku, hebat sungguh institusi kerajaan Sultan. Harap-harap tahun depan Tuanku datang lagi. Sekian sahaja rencana aku hari ini.

"Daulat Tuanku"


Thursday, April 30, 2009

Pertandingan Kawad Peringkat Sekolah - Episod Akhir

Hari nie hari ke-2 dah terakhir aku jadi juri hakim tak bertauliah, dengan bangga dan terhormat, aku ngan selambanya mengambil posisi nak potong markah hehehe. Hari nie semua pasukan ialah daripada kategori NGO iaitu Pandu Puteri, Pengakap, St John Ambulance, Puteri Islam dan PBSM.

Macam besa laa, kena menjerit lagi baru nak terhegeh-hegeh berkumpul. Sesi bergambar dimulakan dengan megahnya. Macam-macam posing ada. Dah abih ber-posing tiba laa acara yang tidak kurang rancaknya dalam bahagian pemeriksaan pakaian dan aksesori. Erm banyak aku potong sampai tak menang dakwat pilot G1.0 hahaha. Ada yang baik dari semalam, pakai pakaian lengkap, mungkin diaorang sedar kot banyak markah kena potong. Tapi aku potong juga hahaha.

Seterusnya masuk laa bahagian kawad kaki. Bestnya hari nie ramai perempuan, tak macam semalam. Kawad untuk hari nie pun ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Besa laa, macam-macam alasan aku dengar. Ada yang ketua platun masuk pasukan uniform lain., jadi takda sapa nak ajar. Ada yang menangis sebab tak dapat buat dengan baik. Berlatih lagi noo, tahun depan ada lagi. Dalam berkawad pun macam-macam hal ada lagi, bercakap dalam kawad, sebab tegur rakan buat salah, salahkan ketua pun ada sebab ketua platun keluar arahan yang tak sepatutnya, jadi apa lagi, terpinga-pinga laa anak buah hahaha. Takpa-takpa besa laa, ketua mana yang tak pernah silap, mesti adanya.

Tibalah penghujungnya, selesai jugak akhirnya pada jam 6 petang. Berbekalkan juri hakim yang tak bertauliah, dapat laa sumbangan daripada pihak KoKu. Segala penat lelah terbayar jugak dengan sebungkus hadiah hehehe.

K la nak balik kampung, anak saudara balik dari KL. Jumpa lagi no. Jadilah insan yang berguna kepada keluarga dan sekolah. Bubui.

Pertandingan Kawad Peringkat Sekolah - Episod 1

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya aku menjadi salah seorang juri yang tak bertauliah di tauliahkan oleh membe sekerja aku. Punya laa syok sebab nak potong markah. Aku dengan bangga dan riaknya berjaya memotong markah yang sepatutnya aku bagi. Mai sini aku nak cita perjalanan pertandingan kawad kaki nie.

Kawad kaki nie berlangsung selama 2 hari, 29hb dan 30hb bertempat di padang kawad yang tak seperti padang kawad hahaha (dalam gelanggang tenis). Itu je tempat yang luas pun, bagi kawasan tempat parking kecik sikit dari gelanggang tenis.

Mulanya event yang aku rasa agak tertekan, apa tidaknya, mula jam 3 petang, muka nak kawad pun tak nampak-nampak lagi. Berbekalkan muka yang agak bengis dan tidak disukai ramai tatkala garis-garis kedut kemarahan muncul, bangganya aku menjerit kapada semua pasukan yang terlibat berkumpul depan parking. Kelibat diaorang macam laa mak datin, berjalan lagi, semua nak kena jerit sampai hilang anak tekak.

Dah berkumpul, nak ambil gambar pulak, macam-macam pe'el laa pelajar-pelajar aku nie. Dah tau lambat bising lagi, nak bergambar pun kena menjerit lagi, hurm pening kepala aku. Untuk pengambaran, sesi kandid kamera mula dengan kadet bomba, krs (lelaki), krs (perempuan) dan kadet polis. Hari nie cuma untuk 4 pasukan je. Cukup la, yang selebihnya sambung esok. Yang ambil bahagian hari nie semua pasukan kawad kategori KPM dan GO, apa ntah, baru belajar, tak tahu apa benda. Nanti aku cerita sambungan kawad geng NGO pulak.

Dah habis je sesi bergambar, mula pemeriksaan aksesori pakaian pasukan kawad. Macam-macam laa aku potong, bilangan pelajar dalam satu pasukan terdiri dalam 30 orang. Aku dengan bangga dan eksyennya memotong markah depan mereka yang berdiri kaku bila menerima arahan siap sedia untuk pemeriksaan hahaha. Maunya tak potong, apa yang dinyatakan dalam borang markah takda langsung pada pakaian mereka. Kasut telah laa, ada yang kilat macam cermin, ada yang tak, yang tak pakai kasut kawad pon ada, tajaan bata hehehe. Di sebalik muka yang marah nie terselit juga simpati kepada mereka ni, bagi juga markah kesian, tidak takda langung markah, sian kan kan kan.

Selesai sudah pemeriksaan pasukan kawad, mula laa agenda yang ditunggu-tunggu, kawad statik, kawad dinamik dan kawad formasi. Pasukan krs (lelaki) dengan lembik tengkuk dan lesunya, bila terima arahan baris ja, lembik tengkuk terus terpacak ke atas dan membuka dada, macam terima arahan raja dinasti qin, berkhidmat untuk negara hahaha. Terimanya arahan, masuk laa mereka ke kawasan yang ditetapkan. Hentakkan padu dan keserasian yang ditunjukkan adalah baik tapi tak semestinya aku bagi markah penuh. Nanti riak tak bertempat pulak pelajar aku nie. Almaklumlah, ramai pelajar RC kelas aku nie, semua daripada tingkatan 4 hingga 5.

Mula dengan krs (lelaki), krs (perempuan), kadet bomba dan akhir sekali kadet polis, macam-macam pegerakkan ada, statik dengan dinamik sama je semua. Bezanya formasi la kot, kalau krs tue, cuma shifted no formasi ja. Ada yang bagus, ada yang kurang, bercakap dalam kawad pon ada lagi, ketua platun silap bagi arahan pun ada. Dalam dok tengah berkawad pon ada perkataan, 'cepat la sket jalan', hahaha. Yang tu tak kasi can dah, potong markah terus hahaha.

Selesai kawad dalam jam 545 petang, alhamdulilah selesai jugak hari ku selaku juri yang tidak bertauliah hahaha. Erm hari nie ada lagi, nak kena plan P & P nie, tidak ketinggalan pulak kelas aku. Gambar tak insert lagi, nanti aku paparkan kepada anda semua hehehe. K selamat, tunggu episod yang ke-2, coming soon in my blog.